SEMUANYA TINGGAL KENANGAN

Hai Dreamers..

SEMUANYA TINGGAL KENANGAN | Bekerja dengan bertemankan air mata.Sedih yang amat sangat..Sedih bukan sebab putus cinta tapi sebab aku tiba-tiba rindu dekat kucing aku yang bernama Nikki dan Gabi.Kenapa la mereka pergi begitu cepat.Dari kecik bela pastu bila dah besar mati pulak.Sampai sekarang aku masih tak dapat terima hakikat.Kakak aku selalu cakap nanti kita cari la yang lain tapi entah kenapa aku tak nak.
Kucing tu aku sayang sangat.Ibarat kawan baik aku.Dulu masa kucing tu ada lagi aku selalu meluah kat depa.Walaupun tak ada respond tapi aku tau depa dengar apa yang aku cakap.
Macam ni rupa Nikki dan Gabi masa mula2 aku bawak balik rumah..
Ada tompok hitam di kepala Si Nikki.Yg tak ada tompok Si Gabi.Tapi tompok si Nikki tu dah berunsur hilang.Mungkin sebab dia semakain besar.Eheh
Gabi dan Nikki ni dulu bos kakak aku yang jumpa kat bawah kereta.Bos kakak aku tu seorang yang mudah kesian.Apa lagi dia bawak la Gabi dan Nikki balik rumah.Tak lama daripada tu bos kakak aku tu nak ke Thailand.Oleh sebab tak ada orang yang jaga kucing ni bos kakak aku suruh kakak jaga kucing ni buat sementara waktu.Kali pertama aku nampak kucing ni aku dah suka.Sebab keduanya sekali warna putih.Erhhh..Comel !Beberapa hari kemudian aku p la cuba-cuba tanya bos kakak aku tu kot-kot dia nak bagi kucing ni kat aku dan tak sangkah pulak dia bagi.Ehekk..Hari tu jugak aku angkut balik rumah.Mula-mula tu memang geram sangat sebab depa suka berak dan kencing merata tempat tapi tak sampai sebulan depa dah kencing kat jamban.Ehekk..
Gabi(Adik) yang pakai rantai pink Nikki(Kakak) ranti hijau
Nama Gabi dan Nikki ni aku dapat dari Youtube.Aku selalu tengok 2 orang budak kembar kat youtube ni yang bernama Gabi dan Nikki jugak.Dari situ la aku namakan depa Gabi dan Nikki sebab depa ni pun macam kembar jugak..Ahaha.
Rindu teramat sangat !Tak dapat digambarkan dengan kata-kata..
Tapi mungkin sebab aku tak ada rezeki nak bela Gabi dan Nikki lama kot.Hehe..Si Nikki mati beberapa bulan lepas.Boleh baca Sini untuk tahu lebih lanjut kenapa Nikki mati.Gabi pulak mati sebab kena langgar kereta pada 10/9/2015.Pagi-pagi tu aku bersiap nak p kerja.Bila buka pintu je si Gabi ni terus je larik keluaq.Tak lama daripada tu aku pun keluaq nak jalan p kerja tapi aku tiba-tiba nampak Gabi tertiarap kat tepi jalan.Aku pangil-pangil tak ada respond.Kakak aku cakap "Jangan-jangan dia mati".Aku pergilah tengok dan memang betul Gabi mati kena langgar.Masa tu Tuhan je tahu macam mana persaan aku.Sedih,marah semuanya ada.Masa kat tempat kerja aku nangis je.Di tambah lagi sebelum kakak aku kubur kakak ambil gambaq dan hantar kat aku.Fuhh !!Laju je ayak mata turun.Hehehe.
Gabi dan Nikki ni memang rapat.Berdua bersama..Ehekk
Sekarang ni aku dah biasa sikit tanpa 2 ekor.Bukan macam mula-mula..Sampai rumah je mesti nangis,ye la dah terbiasa asal balik rumah je ada 2 ekor menunggu depan pintu.Tapi sekarang dah tak ada.Aku tau sekerang mesti Gabi dan Nikki tu dah aman di alam sana.Bak kata kakak aku "Mesti dieorang dah berjumpa tu kat syurga"..Gabi dan Nikki !

1 comment