GAYA SELENDANG HIJABISTA TERKINI

10/28/2015 01:21:00 PM

GAYA SELENDANG HIJABISTA TERKINI | Tudung dalah satu item yang sangat penting buat wanita Islam. Ini kerana menutup aurat adalah wajib bagi Muslimah dan memakai tudung memberikan ruang bagi mereka untuk menerapkan ajaran agama untuk dipraktikkan. Namun bagi wanita di Malaysia pemakaian tudung atau hijab tidak membataskan mereka untuk bergaya. Ini kerana dengan pemilihan corak, warna dan rekaan yang sesuai ianya dapat menambahkan keserian kepada si pemakai.

koleksi selendang terkini
Bagi wanita Muslim di Malaysia pemakaian tudung adalah biasa dalam budaya mereka kerana menutup aurat adalah dituntut dalam agama. Oleh itu dengan memakai tudung mereka dapat menjalani kehidupan biasa namun masih meneruskan ajaran agama. Tudung atau scarf dipakai untuk menutup rambut, telingan dan leher wanita. Ianya berbentuk segi empat  dan segi tiga dengan cetakan yang pelbagai. Jika dahulu tudung dilihat sebagai aksesori tambahan buat wanita dengan corak yang biasa atau sekadar ‘plain’. Namun kini terdapat variasi rekaan yang boleh dipilih di pasaran seperti tudung ala Syria, tudung satin, tudung bawal dan macam-macam lagi.

Salah satu gaya tudung yang sangat popular saat ini adalah selendang,ini kerana ianya mudah digayakan dan selesa.Tidak hairan la gaya selendang saat ini sudah begitu maju.Selain daripada bentuk yang kelihatan standard ,selendang juga dapat digayakan dengan pelbagai style dan gaya sesuai dengan yang diinginkan.Hal tersebut tentu saja dapat menambah kecantikkan dan keangunan bagi seorang muslimah.
Gaya selendang terkini 2015/2016
Selain itu tudung sangat sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa sahaja. Tidak kira sama ada untuk majlis seperti kenduri kahwin, majlis formal malah sesuai juga untuk dipakai ke pejabat.  Pada masa yang sama, tudung sangat versatile dan boleh dipakai untuk dipadankan dengan top atau bottom yang sesuai. Padankan tudung anda dengan Muslimah dress seperti baju kurung moden atau kaftan untuk penampilan yang menarik. Malah ianya boleh dipakai dengan blouse serta skirt labuh agar nampak lebih santai namun elegan.

Banyak butik fesyen Muslimah online yang ada di internet menawarkan pelbagai koleksi koleksi selendang terkini yang pastinya disukai. Jika anda mahukan penampilan yang lebih moden cuba tips ini – cuba bermain dengan aksesori untuk dipadankan dengan stail anda.Namun perlu diingat jangan sampai anda menjadi mangsa fasyen

You Might Also Like

4 Motivation

  1. cantik... tq yer singgah dan komen di blog kak Alycia ;)

    ReplyDelete
  2. fesyen tudung, shawl ke apa...memang cik akak suka.....

    ReplyDelete
  3. memang macam-macam style tudung sekarang.. lissa suka pakai shawl hee :D

    ReplyDelete
  4. akak hentam je lilit shawl sekarang asalkan tutup dada

    ReplyDelete

Advertise

Mimi Story